BEIJING, 8 Mei – 35 Orang Tertimbus Akibat Tanah Runtuh…….Tanah runtuh di tenggara China menimbus kira-kira 35 pekerja di lokasi pembinaan projek jana kuasa hidro.

Batu dan lumpur menenggelamkan bangunan pejabat dan kawasan penempatan pekerja di lokasi di Taining, wilayah Fujian kira-kira jam 5.00 pagi ini waktu tempatan, menurut kemas kini lima jam kemudian di laman web jabatan publisiti Parti Komunis.

Kiraan awal menunjukkan 35 hilang, menurut laporan. Pegawai di jabatan berkenaan berkata menerusi telefon, punca kejadian masih belum diketahui tetapi hujan lebat turun di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Hujan lebat menjejaskan kebanyakan kawasan di selatan China sejak Rabu, menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan hujan ribut menyebabkan lebih 1,000 penduduk di Guangxi terpaksa dipindahkan.

Sementara jalan runtuh menyebabkan seorang maut dan seorang lagi hilang.

Di wilayah Taining, pegawai yang cuma dikenali sebagai Wei, berkata pasukan bomba dan polis cuba mencari mangsa yang tertimbus.- CF (WD MY)

LEAVE A REPLY