KUALA LUMPUR, 14 Mac – Konsert……..  Dayang Nurfaizah amat teruja dan tidak sabar menunggu untuk berkongsi pentas dengan pelajar berbakat besar daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi menjayakan satu konsert amal di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) di sini pada 29 Julai depan.
Juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu 31 itu berkata beliau akan menyampaikan empat lagu pada konsert berkenaan yang bertemakan ‘Tapestry of Colours’.

“Saya sungguh gembira dan tidak sabar untuk mengadakan persembahan bersama-sama pelajar UTP yang berbakat besar, mereka benar-benar hebat,” katanya kepada media pada pratonton mengenai konsert itu di sini, hari ini.

Konsert edisi keempat itu adalah anjuran bersama Yayasan UTP, Alumi UTP dan DFP.
Tiket untuk konsert itu yang berharga RM106 hingga RM446 boleh dibeli dengan melayari www.mpo.com.my atau menghubungi DFP Box Office melalui talian 03-23317007. – WD MY