ROME, 2 Dis – Warga Malaysia yang berada di luar negara perlu bijak menapis maklumat yang diterima.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika mengadakan perjumpaan dengan warga Malaysia di Rome.

“Cara yang terbaik ialah bagaimana sesuatu maklumat dijustifikasikan berdasarkan kepada rasa cinta kita kepada negara kita. Memang perbezaan pendapat boleh diraikan tetapi rasa kecintaan kepada negara mesti diberikan keutamaan”katanya pada majlis makan malam yang diadakan bersama warga Malaysia di Rome.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengenai perihal negara berkaitan ekonomi, politik dan keselamatan.

Dianggarkan terdapat 100 warga Malaysia menetap di Rome.

Selain berkhidmat dengan kedutaan Malaysia, ada yang bekerja dan menjalankan perniagaan di bandaraya berkenaan.? – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY