KUALA LUMPUR,JUN 13:TARIF…. Gas Malaysia Bhd hari ini mengumumkan ia menyemak semula tarif asas gas asli bagi sektor bukan tenaga di Semenanjung kepada RM31.92/MMBtu daripada RM30.90/MMBtu mulai 1 Julai hingga 31 Disember 2018.

Gas Malaysia berkata, ia mendapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Tenaga untuk kenaikan harga itu.

“Purata tarif berasaskan gas asli ditetapkan pada RM31.92 bagi setiap satu juta BTU (MMBtu) bagi tempoh bermula Julai sehingga Disember 2018 selari pengumuman Gas Malaysia pada 28 Disember 2016,” katanya.-MY WD