KUALA LUMPUR, 30 Dis – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti situasi yang ada peniaga dikesan menyewakan premis mereka kepada warga asing.

Para peniaga di Kuala Lumpur yang didapati menyewakan premis perniagaan mereka kepada warga asing berdepan dengan tindakan tegas termasuk ditarik balik lesen perniagaan mereka.

“Tindakan peniaga di premis DBKL yang menyewakan (kepada warga asing), kami akan ambil tindakan.

“Saya sendiri esok akan pergi ke suatu tempat kerana saya sendiri mahu lihat (keadaan itu),” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Krismas peringkat Wilayah Persekutuan hari ini.

Terdahulu mengenai sambutan Krismas itu, Tengku Adnan berkata ia merupakan manifestasi bahawa rakyat di negara ini mampu menghormati agama lain dan hidup bersama walaupun mempunyai perbezaan kefahaman dan kepercayaan.

Katanya walaupun sambutan itu khusus untuk penganut Kristian, namun sambutan rumah terbuka hari ini dihadiri pelbagai penganut agama lain.

Tengku Adnan turut menyeru rakyat di negara ini untuk mengelakkan permasalahan atau perbezaan kesefahaman yang boleh mencetuskan isu perkauman.

Turut hadir termasuk Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan

“Program seperti ini menunjukkan keakraban yang sentiasa diterapkan dalam diri kita, justeru menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pemimpin sama ada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan serta masyarakat untuk menterjemahkan kebersamaan itu untuk diikuti semua rakyat tanpa mengira latar belakang,” katanya. – Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY