KUALA LUMPUR, 6 Okt – Tarikh baharu bagi pelaksanaan Ujian
Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ditetapkan pada 12 dan 13 Okt ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman
Mustapha berkata UPKK berkenaan membabitkan sejumlah 207,343 calon yang akan
menduduki ujian bagi tiga subjek.

“Bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01), ia akan diadakan pada Isnin, 12 Okt
ini iaitu pada 2.30 hingga 4 petang manakala subjek Sirah (UPKK 03/01) serta
Jawi dan Khat (UPKK 05/01) akan diadakan pada Selasa, 13 Okt iaitu
masing-masing pada 2.15 hingga 3.45 petang dan 4.15 hingga 5.45 petang,” katanya
dalam kenyataan di sini hari ini.

Semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diminta mengambil tindakan
segera bagi memastikan peperiksaan UPKK bagi tiga subjek itu dapat dilaksanakan
mengikut tarikh baharu yang ditetapkan.

UPKK yang sebelum ditetapkan berlangsung semalam dan hari ini ditangguhkan
ekoran pengumuman penutupan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan pada
tarikh berkenaan oleh Kementerian Pendidikan berikutan keadaan jerebu yang
semakin buruk.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY