DELHI/MUMBAI, 27 Okt – Aset Jatuh…… Konglomerat terbesar India, Tata Sons, berhadapan potensi kombinasi pengurangan dalam nilai aset nominal hampir AS$18 bilion (RM74.96 bilion) disebabkan pelaburan tidak menguntungkan, demikian menurut surat dalaman dikirim pengerusi yang baharu dipecat, Cyrus Mistry, kepada lembaga pengarah Tata.

Lembaga pengarah tidak menyatakan kepada umum kenapa Mistry dipecat, dan enggan mengulas berhubung surat yang bertarikh Selasa lalu itu.

Sumber memberitahu Reuters bahawa Mistry tidak lagi disukai ketua keluarga konglomerat itu, Ratan Tata.

Mistry dalam surat yang dilihat Reuters berkata bahawa Indian Hotels Co, operasi kenderaan penumpang Tata Motors Ltd, operasi pengeluaran keluli Tata Steel, operasi telekomunikasi dan Tata Power menanggung legasi pelaburan yang tidak menguntungkan itu.

“Penilaian realistik nilai tara perniagaan berkenaan berpotensi mengalami pengurangan nilai aset sekitar Rs118,000 crore (AS$18 bilion),” katanya dalam satu emel.

Juru cakap bagi pihak Mistry enggan mengulas.

Mistry disingkir daripada mempengerusikan konglomerat itu Isnin lalu. – WD MY