SAN JOSE, 25 Nov – Landa……… Taufan Otto, ribut kuat yang membawa angin selaju 175 kilometer (110 batu) sejam, membadai tenggara Nicaragua semalam, kata seorang pegawai perkhidmatan kecemasan di negara jiran Costa Rica.

Taufan kategori yang cukup padat itu melanda pantai Caribbean dekat Nicaragua, di selatan bandar Bluefields dan berhampiran dengan sempadan Costa Rica, kata Ketua Operasi bagi Suruhanjaya Kecemasan Kebangsaan, Walter Fonseca kepada stesen televisyen Teletica.

Hujan dan angin tinggi yang terhasil dari pusat taufan berkenaan dirasai di kedua-dua belah sempadan, memaksa pihak berkuasa melakukan pemindahan dan persediaan kecemasan lebih awal. – WD MY