PARIS, 3 Dis – Bebas…. Beberapa orang dijadikan tebusan di sebuah agensi pelancongan di Paris namun polis mengesahkan mereka sudah dibebaskan dengan selamat.

Bagaimanapun, perompak bersenjata yang menahan mereka berjaya meloloskan diri dan kini gerakan memburu giat dijalankan.
“Rompakan bersenjata di Massena Boulevard di Paris: Operasi berakhir,” kata polis Paris dalam Twitter. “Enam orang dilepaskan.

Perompak tidak lagi berada di dalam premis.”

Sumber berkata, tujuh tebusan itu ditemui selamat selepas mereka ditahan di agensi pelancongan yang terletak di selatan Paris itu.
Terdahulu sumber polis memberitahu media, perompak bersenjatakan senapang patah dan menjadikan tujuh orang tebusannya. -WD MY