?PUTRAJAYA, 2 Dis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM telah merakam kenyataan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low dan Pengarah SRC International Sdn Bhd, Datuk Suboh Md Yassin pada Ahad lalu.

Ia berhubung siasatan syarikat berkenaan dan dana politik berjumlah RM2.6 billion.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Operasi, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, kenyataan itu dirakam oleh pegawai SPRM di luar negara.

Bagaimanapun, katanya beliau belum membaca kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua individu berkenaan.

Datuk Seri Shukri juga enggan mendedahkan butiran mengenai kenyataan tersebut.

SRC International Sdn Bhd adalah anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebelum ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY