PEKAN, 12 Jan – TABAL…. MAJLIS Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalambersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

Keputusan itu diumumkan oleh Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.

Majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Januari ini. – WD MY