KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Rasmikan…..  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kesal dengan sikap sambil lewa dan kurang semangat patriotisme warga Wilayah Persekutuan dalam menyemarakkan bulan kebangsaan negara.

Menteri Wilayah Persekutuan menyeru seluruh warga kota mengibarkan Jalur Gemilang sebagai menunjukkan tanda kasih dan cintakan negara sempena Hari Kebangsaan ke-60 tahun ini.

“Saya rayu semua warga Wilayah Persekutuan kibarkanlah bendera Malaysia di kediaman masing-masing dan peniaga-peniaga juga pasanglah bendera yang diberi di premis masing-masing,” katanya.

Beliau di temui media selepas merasmikan Karnival Komuniti Ceria ‘Jom Bantu Rakyat’ petang semalam.

Bagaimanapun, Tengku Adnan meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mengurangkan jumlah pemberian Jalur Gemilang secara percuma kepada warga kota.

“Warga kota dilihat tidak menghargai pemberian bendera oleh DBKL, daripada membazir lebih baik kita kurangkan jumlah itu,” katanya.

-WD MY