KUALA LUMPUR, 10 April – Siap……. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menyiapkan hampir 85% padang Petanque bagi kegunaan sempena Sukan Sea 2017 pada bula Ogos ini.

Terletak berhampiran Taman Pudu Ulu Fasa 2 dipilih menjadi tuan rumah bagi acara petanque bagi temasya Sukan Sea ke 29.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang melawat gelanggang yang dijangka digunakan pada bulan Jun ini.

Petanque adalah satu bentuk boule di mana matlamatnya adalah melambung atau menggolek bola-bola keluli sehampir mungkin ke bola kayu kecil yang dipanggil ‘cochonnet’ atau ‘jack’, sambil berdiri di dalam bulatan dengan kedua-dua kaki pemain di atas tanah.

Dimainkan di atas tanah yang keras atau kelikir, Ia boleh dimainkan di mana-mana tempat awam seperti di taman atau tempat khas dipanggil boulodrome.
Tengku Adnan yang meninjau gelanggang tersebut berpuas hati dengan persiapan dan infrastruktur yang telah dibuat oleh DBKL dan kotraktor yang dilantik.
Terdahulu, Tengku Adnan merasmikan Taman Pudu Ulu Fasa 2 khusus kepada orang awam terutamanya penduduk sekitar Taman Pudu Ulu dan Taman Shamelin.

“Warga kota khususnya penduduk sekitar Taman Pudu Ulu ini menggunakan kemudahan yang disediakan kerajaan sebaik mungkin supaya kemudahan dapat memberi manfaat kepada kita semua,” kata Tengku Adnan dalam ucapan perasmian hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikhsan dan Pengerusi Sahabat Taman Pudu Ulu, Tan Sri Lee Lam Thye. – WD MY