KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Umno Tiada Masalah… Khabar angin yang mendakwa ¬†Umno Bahagian Semporna keluar parti dan bubar bahagian adalah tidak berasas sama sekali.

Perkara itu disangkal oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan menerima mana-mana surat dari individu yang hendak keluar parti mahupun membubarkan cawangan.

“Saya tak dapat surat sebagai Setiausaha Agung Umno bahawa ada orang nak keluar parti.

Tam?bah Tengku Adnan, beliau tidak faham mengenai khabar angin dan dakwaan tidak berasas yang dibuat seolah-olah parti Umno berada dalam keadaan tidak stabil.

“Saya tak faham orang yang gembar gemburkan benda yang tak ada apa pun,” kata beliau ketika di Majlis Rumah Terbuka Perbadanan Kg Baharu hari ini.

Beliau serta kepimpinan tertinggi di dalam kerajaan serta parti turut tersinggung dengan tindakan yang dilakukan oleh bekas-bekas ahli Umno yang dulunya memegang jawatan dalam Umno namun sekarang berpaling tadah dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas sama sekali.
?
“Kita pun tersinggung dengan benda bukan-bukan yang dibuat seperti tindakan DOJ …apa pasal buat macam tu..cara yang tak pernah dilakukan..mungkin mereka cemburu dengan cara pentadbiran yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia yang membawa Transfomasi dan pelbagai cara untuk kebaikan rakyat Malaysia khususnya,” kata Tengku Adnan.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata Perdana Menteri melakukan pelbagai perancangan dan pembangunan samada di kota mahupun luar bandar.?

“Datuk Seri Najib janji semua dia buat, Borneo Highway, pembangunan dia buat, pembangunan rumah untuk rakyat.. Mereka yang janji dicapati bukan kita,” kata beliau. – WD MY

LEAVE A REPLY