PUTRAJAYA, 9 Mei – UNDI…….  Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 9 (1) di sini, jam 8 pagi tadi.

Setiausaha Agung UMNO itu ditemani isterinya, Datin Seri Anggraini Sentiyaki, dan anak sebelum mengundi pada jam 8.18 pagi.

Tengku Adnan yang juga penyandang kerusi itu berdepan pertandingan tiga penjuru dengan calon PAS, Zainal Abidin Kidam, dan Datuk Dr Samsu Adabi Mamat daripada PKR.

Seramai 27,306 pemilih berdaftar mengundi di Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – WD MY