PUTRAJAYA, 21 Mei – Siasat Kesahihan Dahulu….. “Jangan mudah mempercayai sesuatu maklumat yang diterima menerusi media baharu tanpa memastikan kesahihannya terlebih
dahulu.”

Itu kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyifatkan perkembangan teknologi maklumat yang pesat dan pantas, menyebabkan penyebaran maklumat yang tidak benar berleluasa di laman media sosial.

“Lebih dibimbangi apabila maklumat itu disampaikan oleh seorang yang berpengaruh dalam masyarakat maka si penerima tanpa berfikir panjang terus menyebarkan kepada rakan-rakan lain yang akhirnya kita turut menanggung dosa sekiranya maklumat yang disampaikan berbentuk fitnah,” ujarnya.

Jelas Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat terlebih dahulu dan sekiranya sesuatu maklumat telah disahkan oleh pihak yang berwajib, maka barulah berkongsi maklumat tersebut.

Selain itu, beliau berharap peranan proaktif Komuniti 1Malaysia dalam penyebaran maklumat dasar kerajaan diperkasakan lagi bagi memastikan maklumat berkenaan dapat disampaikan dengan berkesan dan seterusnya meningkatkan sokongan rakyat kepada pihak kerajaan.

Tengku Adnan berkata demikian dalam ucapan perasmiannya pada Program Semarak Komuniti 1Malaysia Peringkat Kawasan Parlimen Bukit Bintang / Seputeh / Putrajaya di Perkarangan Apartmen Presint 14, Putrajaya. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY