COLOMBO, 22 Okt – SELAMATKAN…. Pihak Tentera Laut Sri Lanka berjaya menyelamatkan semua tujuh kru warga India selepas kapal dagang yang dinaiki karam berhampiran Maldives ketika dalam pelayaran ke pulau berkenaan.

Tentera laut berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pihak berkuasa Maldives selepas kapal itu dilaporkan dimasuki air dan hampir tenggelam akibat kegagalan mekanikal ketika berada kira-kira 125 kilometer dari pelabuhan Galle, Sri Lanka.

“Semua tujuh kelasi India terbabit berada dalam keadaan baik dan urusan penghantaran pulang kini sedang dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi India di Sri Lanka,” menurut kenyataan tentera laut. – WD MY