BAITULMAQDIS,JUN 3:ZIONIS… Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah empat penduduk Palestin yang menyusup masuk ke wilayah itu dari Semenanjung Gaza semalam dan cuba membakar kedudukan penembak curi tidak dikawal.

Seorang terkorban dalam kejadian itu, kata tentera.

“Tentera mengesan penyusupan masuk, memantau kejadian dan mengejar mereka sambil melepaskan tembakan.

“Ia menyebabkan seorang penduduk Palestin terkorban manakala seorang lagi dipindahkan untuk mendapatkan rawatan.

“Sementara seorang lagi ditahan untuk soal siasat,” kata kenyataan tentera.

Seorang lagi dipercayai kembali ke Semenanjung Gaza.-MY WD