KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Tunaikan…… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama kira-kira 2,000 jemaah di Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar malam tadi.

Terengganu adalah negeri pertama dikunjungi Ahmad Zahid untuk berbuka puasa sempena Program Penerapan Nilai Murni di bulan Ramadan, selepas mengumumkan akan ke setiap negeri bagi majlis berbuka puasa bersama rakyat.

Ahmad Zahid tiba jam 8.30 malam diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, dan disambut Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Beliau menunaikan solat Isyak dan tarawih yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid negeri, Aizi Saidi Abd Aziz.

Ahmad Zahid kemudian menyertai hadirin menikmati moreh dengan juadah pulut panggang dan bubur pulut hitam. – WD MY