MARANG, FEB –  KEYAKINAN…Hasil daripada bantuan yang dilakukan oleh  kesiapsiagaan yang telah dilakukan oleh jentera parti di negeri UMNO Terengganu yakin Barisan Nasional (BN) dapat memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) dengan majoriti dua pertiga

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata bersandarkan kepada beberapa kajian terperinci yang dilakukan pelajar universiti terhadap pengundi di negeri ini

“Dalam PRU tahun 2004, kita dapat menang 28 kerusi berbanding pembangkang (empat kerusi) sedangkan sebelum itu kita hanya menang empat kerusi sahaja pada PRU tahun 1999.

“Kita berkeyakinan penuh dalam PRU14 ini akan berpihak kepada kita dan kita sasar akan dapat lebih daripada dua pertiga majoriti…sekarang kita menang (menguasai) 17 kerusi, tidak mustahil akan menang kesemua 32 kerusi pada PRU14 nanti,” katanya. – MY WD