KUALA LUMPUR, APRIL 29: TERIMA KASIH… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua petugas dan anggota keselamatan yang terlibat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di seluruh negara hari ini.

Beliau berkata mereka telah memastikan pencalonan PRU14 di seluruh Malaysia berlangsung lancar dalam suasana tenteram.

Najib juga berharap suasana itu akan berterusan sepanjang 11 hari tempoh berkempen yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Terima kasih kepada anggota-anggota Polis, Rela dan semua pegawai bertugas yang memastikan pencalonan #PRU14 di seluruh Malaysia berlangsung lancar dalam suasana tenteram.”

“Saya harap suasana sebegini berterusan sepanjang tempoh berkempen juga, Insya-Allah. #HebatkanNegaraku,” kata Najib menerusi catatan di laman Twitter beliau semalam.-MY WD