KUALA LUMPUR,MEI 13:
TERIMA KASIH…Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak. mengucapkan terima kasih dan kami menerima keputusan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan tersebut menghargai jasa dan sumbangan Najib sepanjang perkhidmatannya bersama UMNO dan BN.

“Najib telah berkhidmat di bawah kepimpinan empat orang Presiden UMNO termasuk beliau sendiri dan telah memberikan sumbangannya kepada negara.

“Wanita UMNO berharap mandat yang diberikan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menjalankan tugas Presiden dan dibantu oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden akan menghasilkan kepimpinan yang jitu dan memastikan kestabilan UMNO dapat dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Najib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN secara serta-merta dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri barisan kepemimpinan tertinggi parti di sini semalam.

Najib berbuat demikian selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini. – MY WD