BUTLER, Ohio, 7 Ogos – Terlebih Dos….. Hampir 24 pengunjung sebuah konsert di timur laut Ohio dikejarkan ke hospital apabila terlebih dos selepas memakan sejenis gula-gula yang dicampur ganja, kata pihak berkuasa.

Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan pengunjung Festival Muzik rap EST 2016 yang berlangsung di kompleks Sukan Ohio Dreams dekat Butler, pada hujung minggu ini.

Jurucakap Jabatan Sheriff Daerah Richland, Major Joe Masi memberitahu Mansfield News Journal, ketika kejadian seseorang mencampakkan sejumlah gula-gula berwarna-warni pada awal pagi Sabtu.

Setiap paket mengandungi kira-kira 20 biji gula-gula dan ditandakan dengan jenama komersil.

Masi berkata, setiap gula-gula mengandungi dos THC (bahan kimia pada ganja yang memberi kesan mengubah-fikiran) yang sangat tinggi.

Jurucakap hospital OhioHealth di Mansfield berkata, 24 orang dirawat menggunakan penawar naxolone akibat terlebih dos. – WD MY

LEAVE A REPLY