IPOH, OGOS 31:KHINZIR Kerajaan negeri Perak akan melaksanakan sepenuhnya sistem penternakan babi secara moden menjelang akhir tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A Sivanesan.

Beliau berkata sistem itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana penternak perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu melaksanakan sistem kandang tertutup dan sistem pengurusan sisa kumbahan sifar, jarak minimum 200 meter dari rumah kediaman, sekolah, klinik, tempat ibadat serta kemudahan awam selain mengamalkan Amalan Penternakan Baik.​​​​​

Katanya, sehingga kini hanya 57 daripada 115 ladang penternakan babi di negeri ini telah melaksanakan sistem berkenaan.

“Walaupun kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan dasar bagi melaksanakan sistem penternakan khinzir moden menjelang 2021, tetapi kita tidak mahu menunggu terlalu lama dan mahu ia dilaksanakan selewat-lewatnya akhir tahun depan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penternakan Khinzir Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini semalam.-MY WD