KUALA LUMPUR, 2 Julai – Naik Taraf Terowong…. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini merasmikan projek menaik taraf terowong di Jalan Tuanku Abdul Halim di sini.

Katanya, projek menaik taraf terowong ini dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta).

Katanya dengan menaik taraf terowong sedia ada dan membina terowong baharu, laluan trafik akan lebih lancar terutamanya aliran trafik dari Jalan Tun Razak dan Jalan Duta.

Projek yang bermula sejak dua tahun lalu dibiayai kerajaaan pusat sepenuhnya dan menelan belanja RM45 juta. – WD MY

LEAVE A REPLY