KUALA LUMPUR, 4 Nov – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu sempena perayaan Deepavali yang disambut pada 10 Nov ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Lebuh Raya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu
kenyataan hari ini berkata pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun berkenaan
dari pukul 6 pagi Selasa (10 Nov) hingga 6 pagi Rabu (11 Nov).

“Kadar tol selepas diskaun yang dikenakan hanyalah RM2.40 berbanding kadar
biasa iaitu RM3 untuk setiap hala masuk dan keluar Kuala Lumpur.

“Diskaun tol yang diberikan ini merupakan komitmen sosial syarikat kami
kepada pengguna yang menggunakan Lebuh raya SMART pada hari perayaan tersebut,”
katanya. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY