JAKARTA, 6 Jan – Gara-gara gangguan lebah yang terperangkap dalam peralatan penting pesawat, penerbangan terpaksa ditangguhkan selama empat jam.

Pesawat kendalian syarikat penerbangan Indonesia, Garuda dijadualkan bermula pada pagi Selasa dari pulau barat Indonesia, Sumatera dan menuju ke Jakarta.

Menurut Garuda, juruterbang Boeing 737 yang membawa 156 penumpang mengambil keputusan tidak berlepas selepas mengenalpasti masalah dengan kawalan pesawat itu.

“Siasatan mendapati kawalan elektronik enjin pesawat mengalami masalah teknikal selepas serangga itu memasuki ke dalam tiub pilot,” kata jurucakap syarikat penerbangan, Benny Butarbutar dalam satu kenyataan.

“Atas sebab keselamatan, Garuda Indonesia membuat keputusan menangguhkan penerbangan,” katanya.

Selepas diperiksa, pesawat berkenaan itu berlepas dan selamat mendarat di Jakarta, petang Selasa.- CF (WD MY)

LEAVE A REPLY