KUALA LUMPUR, 5 April – Keutamaan….. Perunding tempatan masih diberi keutamaan dalam pelaksanaan projek River of Life (RoL), dan bukan sepenuhnya bergantung kepada perunding luar semata-mata.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kerajaan sebelum ini memutuskan mendapatkan perkhidmatan perunding luar selepas menilai komitmen mereka mengindahkan sungai seperti di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Namun pada hari ini, kita sudah menggunakan perunding tempatan, malah dalam pembinaan Projek Kolam Biru di depan Masjid Jamek Kuala Lumpur, kerajaan memutuskan menggunakan kepakaran tempatan, ” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Tan Kee Kwong (PKR-Wangsa Maju) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Adnan turut menjelaskan, kos projek RoL yang diumum sebanyak RM4 bilion sebelum ini adalah kos lama, dan ketika ini jumlahnya sudah meningkat.

Ketika menjawab soalan asal, tanya, secara keseluruhannya, status pelaksanaan Projek RoL sudah mencatat kemajuan sebanyak 67 peratus dan dijangka siap pada 2020.

“Bagi projek pengindahan sungai fasa satu – Presint 7 meliputi kawasan sepanjang sungai di sekitar Masjid Jamek sehingga ke Daya Bumi.

“Pelaksanaan projek fasa satu ini sudah mencapai 93.7 peratus dan dijangka siap secara berperingkat mulai 15 April ini,” katanya. – WD MY