KUALA LUMPUR, 4 Feb – Majlis pengumuman bonus pendeposit Tabung Haji bagi tahun 2015 dibuat oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Tabung Haji mengumumkan bahawa TH akan mengagihkan RM 3.23 Billion sebagai hibah/bonus kepada pendeposit.

Dengan jumlah itu, kadar bonus Tahunan Pendeposit 2015 adalah 5% dan tambahan Bonus Haji sebanyak 3% kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Fardhu Haji.

Hadir sama Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Ismee Ismail, pengarah Urusan kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta Ahli lembaga pengarah dan Panel Pelaburan TH.

Jumlah ini akan dimanfaatkan oleh hampir 8.85 juta akaun pendeposit TH yang
aktif.

“Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98
bilion pada 2014 atau peningkatan sevbanyak 19 peratus.

“Ia adalah pendapatan dan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun TH
beroperasi,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY