PETALING JAYA, 15 Jun – Kekal Harga Sama…. Tabung Haji (TH) memutuskan untuk
mengekalkan bayaran haji tahun ini pada kadar RM9,980 untuk setiap jemaah
walaupun berdepan peningkatan kos yang mencecah RM18,890 seorang.

Tan Sri Abdul Shukor Husin berkata TH secara keseluruhannya sudah menanggung subsidi haji sebanyak RM125 juta pada tahun lepas dan menjangkakan angkat itu meningkat kepada RM160 juta bagi musim haji tahun ini.

“Pada musim haji tahun lepas, TH telah menanggung sebanyak RM7,290 bagi
seorang jemaah yang membolehkan bayaran itu kekal pada RM9,980 sedangkan kos
haji meningkat kepada RM17,270 seorang,” katanya.

Beliau ditemui media hari ini.

Abdul Shukor turut menyifatkan bayaran haji RM9,980 yang
dikekalkan sejak tahun 2007 sebagai sumbangan utama program tanggungjawab
korporatnya khususnya menerusi pemberian subsidi untuk para jemaah setiap tahun. – WD MY

LEAVE A REPLY