KUALA LUMPUR, 14 Mac – KONGSI……. Tabung Haji (TH) bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dengan negara jiran dalam memperkasakan lagi pengurusan urusan haji dan umrah rantau ini.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata, setakat ini tiga negara iaitu Indonesia, Filipina dan Myanmar sudah menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan TH bagi memperkukuhkan pengurusan ibadat berkenaan di negara masing-masing.

“Bagaimanapun perbincangan masih di peringkat awal dan lebih banyak usaha perlu dilakukan sebelum kerjasama itu dapat direalisasikan.

“Selama ini, mereka tertarik dengan kepakaran dan pengalaman TH dalam menguruskan haji dan umrah yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Di pihak kerajaan dan TH, kita tiada masalah untuk bekerjasama atau berkongsi pengalaman kerana apa yang dilakukan bukan untuk keuntungan perniagaan semata-mata sebaliknya atas dasar bantu-membantu sesama negara serantau,” katanya. – WD MY