BATU CAVES, 9 Nov – Program Asnaf……. Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) memperuntukkan agihan zakat pendidikan berjumlah RM2 juta kepada 4,000 pelajar menerusi Program Iqra di seluruh negara sepanjang bulan ini.

Bagi Program Iqra yang menyasarkan pelajar asnaf cemerlang dalam bidang pelajaran dari seluruh negara adalah antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan TH setiap tahun.

Pelajar akan menerima sumbangan RM500 membabitkan kelengkapan persekolahan bernilai RM200 dan wang tunai berjumlah RM300.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata sumbangan diberikan TH itu diharap dapat meringankan beban tanggungan ibu bapa membuat persediaan persekolahan anak mereka.

“Dengan adanya sumbangan ini, ibu bapa tidak perlu gundah dan risau, seterusnya dapat menggunakan pendapatan mereka untuk menguruskan perbelanjaan isi rumah yang lain,” katanya berucap merasmikan Majlis Pelancaran Program Iqra, di Kompleks Darul Kifayah, di sini, hari ini.

img_0214

Hadir sama, Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pengarah Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah.

Dimajlis berkenaan, TH mengagihkan zakat pendidikan menerusi Program Iqra berjumlah RM234,000 kepada 468 pelajar di Zon Sentul peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, membabitkan 16 sekolah rendah dan menengah. – WD MY