KUALA LUMPUR 26 Sept – Masih Tunggu Surat Rasmi……. Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata TH Kadar baharu pelaksanaan haji dan umrah hanya akan diketahui selepas Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan surat rasmi berhubung kenaikan caj visa bagi mengerjakan ibadah itu di tanah suci dalam masa terdekat.

Azeez berkata, pihaknya akur dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan negara itu sebagai satu kaedah bagi mengelak limpahan jemaah pada satu-satu masa.

“Itu hak Kerajaan Arab Saudi dan kita akur. Apa yang penting keakraban kepimpinan Arab Saudi dan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain Tabung Haji diiktiraf negara terbabit,” kata Azeez kepada media selepas menziarahi waris petugas Tabung Haji, Allahyarham Sajari Sawi yang meninggal dunia di Tanah Suci,

Pada Ogos lalu, Kabinet Arab Saudi menaikkan kadar caj visa haji dan umrah berkuatkuasa 2 Oktober ini.

Berdasarkan peraturan baharu itu, kemasukan pertama bagi jemaah haji dan umrah adalah percuma tetapi bagi kemasukan kedua mereka akan dikenakan bayaran 2,000 riyal (RM2,150).

Bayaran caj visa kemasukan pelbagai kepada rakyat asing turut dinaikkan iaitu 3,000 riyal (RM3,220) bagi tempoh enam bulan, setahun 5,000 royal (RM5,370), manakala dua tahun 8,000 riyal (RM8,597).

Caj bagi visa transit ditetapkan pada kadar 300 riyal (RM320).

Tambah Azeez, beliau berpendapat bahawa Kerajaan Arab Saudi telah membuat kajian dengan teliti selepas memutuskan menaikkan kadar visa berkenaan.

“Saya fikir Kerajaan Arab Saudi telah teliti apa tindakan yang dilakukan termasuk turut dikenakan kepada negara lain dan kita akan mematuhi garis panduan yg telah ditetapkan,” katanya.- WD MY

LEAVE A REPLY