BANGKOK, 18 Jan – BUKTI….. Model dari Belarus yang mendakwa mempunyai bukti campur tangan Russia dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dihantar pulang oleh Thailand, hari ini, selepas didapati bersalah menyertai ‘seminar latihan seks’.

Pihak berkuasa Thailand berkata, Anastasia Vashukevich, 27, dan dua warga Belarus lain serta lima warga Russia dihantar pulang ke negara asal, selepas mereka mengaku bersalah terhadap beberapa tuduhan termasuk konspirasi dan mendapatkan khidmat seks.

Februari lalu, Vashukevich menarik perhatian dunia, selepas mendakwa mempunyai rakaman audia selama berjam-jam yang menunjukkan kaitan antara beberapa pegawai Russia dan pemilihan Trump pada 2016.

Beliau menawarkan rakaman itu sebagai tukaran kepada hak suaka di AS, namun gagal memberikan bukti menyokong dakwaannya dan kemudian memaklumkan tidak merancang untuk memberikan apa-apa bukti.

Ketua imigresen, Surachate Hakparn berkata, semua lapan tahanan rela untuk pulang ke negara masing-masing. Katanya, penghantaran pulang itu diuruskan bersama Belarus dan Russia. – WD MY