KUALA LUMPUR, 29 Dis – Hari ini Pavilion Real Estate Investment Trust
(Pavilion REIT) dalam proses membeli The Intermark Mall di sini pada harga RM160
juta secara tunai.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pavilion REIT berkata
pemegang amanah, AMTrustee Bhd memeterai perjanjian jual beli bagi pihaknya
dengan The Intermark Sdn Bhd untuk pengambilalihan bangunan runcit enam tingkat
dengan keluasan lantai strata 31,348 meter persegi.

Menurut Pengurus, Pavilion REIT Management Sdn Bhd, berhasrat membiayai pembelian
yang dicadangkan itu menerusi hutang, katanya.

“Pengurus berhasrat menyediakan agihan yang tetap dan stabil kepada pemegang
unit Pavilion REIT selain mencatat pertumbuhan jangka panjang dalam nilai aset
bersih seunit Pavilion REIT,” kata Pavilion REIT.

Ia berkata pengambilalihan yang dicadangkan itu dijangka selesai pada suku
pertama 2016 dan apabila selesai kelak akan memperbesar portfolio pelaburan
hartanah Pavilion REIT kepada RM4.8 bilion daripada RM4.6 bilion setakat 30 Sept
2015,” katanya. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY