Theresa May Kekal Sebagai PM Britain

0
45

LONDON, 6 Okt – MASIH PM……┬áTheresa May akan meneruskan khidmat sebagai Perdana Menteri Britain atas dasar tanggungjawabnya.

Perkara itu disahkan Timbalannya, Damian Green.

“Saya tahu beliau menganggap tugasnya sebagai satu kewajipan dan beliau akan terus berbuat demikian bagi memastikan kerajaan pimpinannya dapat melaksanakannya,” kata Green.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan seorang pelawak menyerahkan sepucuk surat peletakan jawatan palsu ketika May berucap pada satu persidangan tahunan parti.

Sementara itu, Setiausaha Dalam Negara, Amber Rudd, dalam kenyataan kepada akhbar The Telegraph berkata, May perlu kekal sebagai Perdana Menteri Britain di sebalik kekalutan yang berlaku ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan parti.

Rudd berkata, kepemimpinan May akan memastikan Brexit mencapai matlamatnya.

“Beliau perlu kekal (sebagai Perdana Menteri Britain),” kata Rudd. – WD MY