LONDON, 29 Jan – Tidak Setuju……. Perdana Menteri Britain, Theresa May ‘tidak bersetuju’ dengan larangan imigresen yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan akan campur tangan sekiranya ia membabitkan warga United Kingdom (UK).

“Dasar imigresen di AS adalah hal ehwal kerajaannya, sama seperti dasar imigresen untuk negara ini yang dibuat oleh kerajaan kita.

“Tapi kita tidak bersetuju dengan pendekatan seperti ini. Sekiranya memberi kesan kepada warga UK, kita akan mengetengahkan terus perkara ini kepada kerajaan AS,” katanya. – WD MY