KUALA LUMPUR, NOVEMBER 18: Nurul Izzah Anwar berkata agenda reformasi dan semangat ‘Malaysia Baru’ perlu dirasai oleh rakyat jika Pakatan Harapan (PH) mahu kekal sebagai kerajaan selepas PRU ke-15.

Menyampaikan ucapan penggulungan Kongres PKR ke-13, beliau berkata kedua-duanya perlu diterjemahkan dalam erti kata sebenar.

“Apa itu Malaysia Baru? Rakyat masih menanti maknanya…Ia bukan stesen terakhir bagi PKR. Kita harus merumuskan formulanya.

“Jika gagal (berbuat demikian) kita akan menanti hukuman (daripada) rakyat,” katanya di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, hari ini.

“Tiada jaminan untuk kita menang dalam PRU ke-15. Relevannya PKR apabila kita relevan dengan suara rakyat,” katanya yang juga anggota parlimen Permatang Pauh.-MY WD