PUTRAJAYA, 6 Sept – Tindakan Terdesak….. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, sebagai pertemuan politik yang tiada keikhlasan dan terdesak.

Beliau berkata, tindakan bekas perdana menteri itu dilihat semata-mata untuk meraih sokongan daripada pihak pembangkang.

“Walaupun Dr Mahathir tampak berjiwa besar kerana sanggup bertemu Anwar, ia ada tujuan tersirat. Atas pertemuan yang terdesak ini, masyarakat umum menganggap ia sebagai pertemuan politik yang tiada keikhlasan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertemuan Dr Mahathir dan Anwar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Dalam pertemuan selama 20 minit di bilik saksi itu, Dr Mahathir yang tiba di ruang mahkamah pada jam 2.50 petang dilihat bersalaman sebaik Anwar tiba diiringi pegawai penjara untuk kes samannya mencabar pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta MKN). – WD MY

LEAVE A REPLY