PUTRAJAYA, 15 Okt – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata tindakan Datuk Saifuddin Abdullah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak
memberi kesan kepada UMNO.

Katanya bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO itu telah diberi peluang menjadi
calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 bagi kerusi Parlimen
Temerloh namun gagal mempertahankannya.

“Saifuddin telah bersama kita dan pernah menjadi anggota Parlimen bagi
Temerloh. Kita letakkan beliau di sana pada PRU lepas dan dia kalah.

“Sudah pasti dia ada masalah. Bahkan rakyat tidak mahu beliau, mereka (PKR)
boleh ambil dia,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri
mesyuarat Majlis Sumber Air Negara ke-10 di Perdana Putra, di sini hari ini.

Penyertaan Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ke
dalam PKR diumumkan Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari
ini. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY