KUALA LUMPUR, OKTOBER 24 : PELABUR…  Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) membidas dakwaan RSN Rayer (PH-Jelutong) bahawa keengganan pelabur asing untuk melabur ke negara ini adalah ekoran amalan rasuah segelintir pihak daripada kerajaan dahulu.

Tegas Khairy, sekiranya faktor rasuah menjadi punca kepada perkara tersebut, sepatutnya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tiada masalah untuk pelabur asing kembali ke negara ini.

“Kalau itu logiknya, selepas Pakatan Harapan (PH) ambil alih, mereka pasti datang begitu ramai sekali, tetapi mereka tidak berada di sini, ini fakta, saya bentangkan fakta, bukan saya buat cerita,” katanya.

Beliau menjawab celahan Rayer ketika ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, kata Khairy, permulaan penggal kedua Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dibimbangi akan terjejas berikutan lanskap makroekonomi negara ketika ini yang dilihat meruncing.-MY WD