PUTRAJAYA, 26 Jan – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media hari ini menjelaskan beliau sebagai pendakwa raya berpuas hati bahawa tiada apa apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ia berhubung kait ketiga – tiga kertas siasatan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion berdasarkan kepada keseluruhan fakta dan keterangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Kertas siasatan yang berkaitan akan dikembalikan kepada SPRM tengahari ini dengan arahan supaya ketiga tiga kertas siasatan terbabit ditutup. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY