BANGKOK, 27 Ogos – Tiada Dalam Pembincangan….. Rundingan damai selatan Thai tidak ada dalam agenda sewaktu Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jen Prawit Wongsuwan melakukan lawatan kerja ke Malaysia minggu depan.

Prawit yang juga Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab dalam hal keselamatan, berkata beliau tidak akan membangkitkan isu mengenai rundingan damai selatan Thai ketika berbincang dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin depan.

“Jen Aksara Kerdphol yang mengetuai kerajaan dalam rundingan damai itu diberi kuasa untuk menangani perkara itu (rundingan damai),” katanya kepada media hari ini, ketika ditanya mengenai lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thai, Mej Jen Kongcheep Tantrawich, berkata lawatan Prawit ke Malaysia adalah untuk membincangkan pelbagai isu keselamatan membabitkan kedua-dua negara.

Kerajaan Thai dan Majlis Syura (Mara) Pattani, badan yang menaungi beberapa kumpulan militan di selatan Thai, dilaporkan akan meneruskan rundingan damai tidak rasmi selepas mesyuarat terakhir mereka pada April lepas. – WD MY

LEAVE A REPLY