KUALA LUMPUR, 25 Mei – Tiada….. Pihak Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam dua insiden letupan bom di Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia malam tadi.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi insiden ini dengan pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan kejadian adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan diri dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, ” katanya dalam kenyataan hari ini. – WD MY