KUALA LUMPUR, 1 Julai – Konsulat Jeneral Malaysia di Medan,
Indonesia mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas udara
membabitkan sebuah pesawat Tentera Udara Republik Indonesia di Medan semalam.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, Malaysia berdukacita atas tragedi
yang melibatkan pesawat C-130 itu yang mengorbankan lebih 140 nyawa.

“Malaysia ingin menyampaikan ucapan takziah dan belasungkawa kepada kerajaan
dan rakyat Republik Indonesia, khususnya kepada keluarga mangsa yang terkorban.”

Pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Tentera Udara Indonesia dilaporkan
terhempas di kawasan perumahan awam di Medan, utara Sumatera pada kira-kira 12
tengah hari semalam sejurus selepas berlepas dari pangkalan udara.

Menurut kenyataan itu, kementerian melalui Konsulat Jeneral di Medan akan
terus memantau situasi tragedi berkenaan.

Orang awam boleh menghubungi Konsulat Jeneral berkenaan di talian 00 62
81260360008 dan Pegawai Bertugas Kementerian Luar di talian 03-88874570
03-88874770. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY