PUTRAJAYA, 21 Feb – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden rusuhan di Haryana, India, setakat ini.

Bagaimanapun, Wisma Putra melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan terus memantau situasi dan menasihatkan semua rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati serta mematuhi nasihat pihak berkuasa tempatan.

“Buat masa ini, kerajaan negeri sudah mengeluarkan perintah berkurung bagi lima bandar iaitu Sonipat, Gohana, Rohtak, Bhiwani dan Jhajjar.

“Protes itu dilaporkan sudah merebak ke Gurgaon iaitu 30 kilometer (km) dari New Delhi dan terbaru di New Delhi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, satu perarakan protes oleh Komuniti Jat berlaku di Haryana yang terletak kira-kira 80 km barat laut dari New Delhi dan menyebabkan lima kematian manakala 78 lagi cedera.

Protes itu disebabkan isu kuota dalam perkhidmatan awam dan institusi pendidikan. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY