KUALA LUMPUR, 21 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam jawapan berkenaan isu tindakan terhadap Ketua Umno Bahagian Kedah berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian.

Menurut beliau Ibu Pejabat UMNO telah memantau sidang media oleh ketua-ketua
bahagian itu di Alor Setar semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri
Najib Tun Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri
itu.

“Mereka berharap agar Presiden UMNO dapat segera membuat perubahan demi
kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu,” katanya dalam kenyataan.

Justeru itu, tidak timbul isu di mana Setiausaha Agung UMNO perlu mengambil
tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian Negeri Kedah tersebut,
katanya. – Sofe Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY