TOKYO, 1 Jun – Tiada Unsur Keganasan……Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan setakat ini hanya pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didapati membolosi sistem keselamatan sempadan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.

Bagaimanapun katanya, tiada unsur keganasan yang terkait dengan mereka yang mensabotaj sistem berkenaan, seperti dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa semalam.

Kerajaan tegasnya tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Beliau berkata demikian pada sidang media dalam rangka lawatan kerjanya ke Tokyo. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY