TOKYO, 29 Mei – Selamat Tiba…Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini untuk memulakan lawatan kerja lima hari ke Jepun, yang bertujuan memupuk hubungan dua hala yang lebih besar dengan negara ekonomi ketiga terbesar dunia.

Ahmad Zahid dan isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis, tiba di lapangan terbang antarabangsa Haneda pada kira-kira 5.30 petang (waktu tempatan).

Beliau disambut Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris, Duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa serta diplomat dan pegawai Malaysia yang berpangkalan di Jepun.

Ahmad Zahid telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama di persidangan bersama Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) dan Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) ke-34.

Beliau dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Jepun Taro Aso, beberapa menteri lain serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.

Aturcara lawatannya termasuk mesyuarat meja bulat dengan ketua-ketua industri dan juga sesi individu dengan sektor swasta Jepun.

Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota masyarakat Malaysia. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY