KUALA LUMPUR, 20 Feb – Sektor pembinaan di negara ini tidak akan terjejas susulan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber termasuk Bangladesh yang berkuatkuasa semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata program penggajian dan penempatan semula pekerja asing yang dijalankan kerajaan mampu menampung kekurangan tenaga kerja dalam sektor pembinaan khususnya pekerja buruh.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) kali ke-6, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras Hari ini. -CF (WD MY)

LEAVE A REPLY